Sunday, March 7, 2010

befday ke 4 (kmbr)

hepi befday 2 u
hepi befday 2 u
hepi befday 2 ikha ira
hepi befday 2 u...

may Allah bless both of u & wish u a wonderful life


tiap tahun aku & hubby akan pastikan kami meraikan hari2 istimewa anak kami bersama. walaupun tak mewah tapi cukup utk menunjukkan kami ingat pd anak2 kami..

tahun ni kami hanya sambut ala kadar aje! hubby menempah kek chocolate indulgence dari secret recipe, aku lak memasakkan mee rebus & menggorengkan keropok ikan sementara air bandung istimewa dari hubbyku. lilin dipasang, doa dibaca oleh hubbyku utk si kmbr yg cantik bertopi... mudah2an panjang umur, murah rezeki & jadi anak yg baik.

kmbr meniup lilin & memotong kek bersama. pastu aku suruh ikha menyuap kek kat ira & ira lak suap ikha. hahaha...! kelakarnya! ;-p

kami pun menjamah hidangan dgn meriah. gurau2, main2...

walaupun kami tak menjemput jiran2 tetangga atau meraikan bersama keluarga lain tapi kami turut menyediakan bungkusan utk mereka. dalam beg bungkusan terdapat paket gula2 & kek marble yg aku wat. resipi yg aku amik dari tin susu sejat F&N.


nak resipi????..


Kek Ros Marmar







150g mentega
150g gula kastor
3 biji telur
160g tepung naik sendiri, diayak
2 camca besar susu sejat F&N
1/2 sudu teh esen vanila
2 tits esen ros
1 titis pewarna merah

Cara membuatnya:
alas tin pembakar persegi 18cm/ bulat 20cm dgn kertas minyak & sapukan dgn sedikit mentega.
panaskan ketuhar pada 170'c. potong mentega kpd 2cm. biar lembut sikit sebelum diadun dgn gula. pukul hingga lembut & kembang. masukkan telur, sebiji demi sebiji. pukul hingga halus. masukkan separuh dari tepung, disusuli dgn susu sejat F&N. jgn kacau terlalu lama.masukkan baki tepung. bahagikan adunan kepada 2 bahagian. satu bahagian ditambahkan esen vanila dan sebahagian lagi ditambahkan esen ros serta pewarna merah. selang-selikan kedua-dua adunan ke dalam tin pembakar. utk mendapatkan kesan marmar, putar adunan dgn hujung pisau kecil. bakar selama 25 hingga 30 minit atau sehingga kek naik & warna perang keemasan. biarkan kek sejuk sebelum dihidangkan.

dah dapat?? hehe..!
hubby dgn anak2ku suka sgt mkn kek ni. kadang seminggu 2 hingga 3 kali aku wat kek ni. utk mkn petang kitorg. lagi sedap dimkn tika panas. jadi aku pun wat keputusan utk wat kek ni & dikongsikan sket2 dgn kuarga & jiran..
ape yg penting sekitar befday ikha ira, 7hb feb tu cukup meriah & aku pastikan hari tu diorg ceria & tak kena marah. hahaha..!!

Saturday, March 6, 2010

poor my girl II..

belum pn sethun ira di operate tu, aku dikejutkan lagi dgn 1 lagi insiden. PUN BERLAKU PADA IRA!!! huhuuuu.. tak tau aku nak gambarkan perasaan ku lagi ketika tu.



16hb jan 2010

awal pg kami bertolak dari rumah di klang, menuju ke gemas kerana sepupu hubby ku bersanding. kami singgah sebentar di kg hubbyku di melaka utk meletakkan choki, arnab kami.


dgn perjalanan jauh, tak tidur dari pagi samapi ke petang, asyik bermain,.. anak2 aku mmg agak kepenatan. tapi diorg ni suka lawan mata terutama si kembar. +2 bila dah berkumpul dgn semua sedara2 dia, yg majoritinya laki, yg baya diorg ni. apalagi, main lari2 la main lawan2 la mcm2 la... laaasakkk..!
nak dijadikan story ntah mcmne ntah, mlm tu, aku dah ingatkan kat anak2 aku, "ikha ira penat, jgn main lasak2!". "ye la, ikha ira tau la!"... tak lama pastu aku dgr suara anakku nangis. alah, budak2 main, gaduh, biasala tuu. aku cuma diam je & tggu anakku sambil nangis dtg pdku utk dipujuk. ira nangis, ikha lak 'melapor'. "dah3.. duk dgn mak je la". "bibiya jatuh, mak. kena tolak", ngadu ikha. ira pn ckp yg sama. ira ngadu sakit bahu. aku sangkakan jatuh biasa & sakit sket. aku bagitau kat hubbyku. dia pun sapukan minyak je. ira pun diam. tak lama pastu dia tidur.

soknya, time nak mandikan dia. dia ckp tgn dia sakit masa aku nak bukakan baju dia. ye la, tgn tu kena angkat. aku ingat dia ngada2 coz pg tu dia asyik wat ragam je. pas mandi, masa tgh lapkan badan dia. aku perhatikan bahu dia agak lain sket. tika nak pakaikan baju, nak angkat tgn, dia pn kata sakit. nangis2 dia tak nak pakai baju. aku bagitau hubbyku & mengajaknya ke klnk.

kat klnk, doc kata mgkn tulang penyambung kat bahunya terlari. jadi dia rujuk g hospital utk betulkan. hatiku tak la cemas mana. tapi tiba sahaja di hospital, after x-ray...
mcm nak pitam je aku! sekali lagi Allah nak uji aku.
bahu(tulang selangka) anak aku patah. tak de kata2 yg bole aku luahkan tika tu. aku terus pggl hubbylu masuk berjumpa dgn doc sendiri. kami betul2 terkejut time tu.
kes dirujuk ke pakar.

peringkat awal ira dinasihatkan utk memakai anduh sahaja di samping dia diberikan ubat tahan sakit & bengkak. agak tak selesa ira dgn tgn yg beranduh tu.

tapi nak wat mcmmane, demi kebaikannya gak.10 ari je pkai anduh, bila kurang rasa sakit jap2 minta dibuka anduh tu. huhu..nak main x selesa, nak menulis pn payah katanya.

poor my girl.. :-(

anak nakal memang biasa tapi kadang2 boleh wat sampai kita jadi pening kepala, susah hati, mcm2 la perasaan. huhhh..

belum pun genap sethn ira di operate (minor operation), sbb doktor nak kenalpasti tentang benjolan kat leher dia. (tu pun dah cukup wat aku kecut perut, rasa bagai dunia ni gelap je! aku takut sgt & of course, worried!). alhamdulillah, tu benjolan biasa & bukan ape2.
ira di masukkan ke hospital 1hb april & akan di operate keesokan paginya. tgkla, budak2! dia bukannyer faham.. ira berani juga! nurse amik darah, dia tak nangis pun malahan dia tgk dgn jelas darah dia diambil. tapi bila dtg ragam dia, berdukung aje tak nak lepas! mengalahkan baby.
awalnya, hanya penjaga je yg dibenarkan masuk. jadi aku, ikha dgn zara tggu la diluar ward, sementara menunggu waktu melawat. abahanya duk dalam menemani ira.
yg kat dalam menangis pggl yg diluar, mcm tu gak sebaliknya. mereka hanya dipisahkan oleh pintu. sayu gak aku tgk! dek kerana kembar ni tak penah pisah, jadi kami minta izin supaya ikha dpt masuk utk teman ira bersama di dalam. dah dapat sama2, bukan main lagi dua2! jadi hero la diorg kat ward tu... ;-p bergurau, main, bercerita bersama. tak ingat yg diorg tu kat hospital!!

walau mcmne pun, mlm tu mak abah aku & adik2 tiba dari johor. ikha dgn zara terpaksa pulang & tak bole lagi menemani ira di hospital.. tggallah aku & hubby menemani ira. itula pertama kali diorg tak tido sama. yg kat hospital asyik mencari begitu juga yg kat uma. puas gak aku melayan dia. berborak, bercerita, jawab soalan yg mcm2 semata2 tak nak kasi ira wat hal. hampir kul 4.30am baru dia dapat lelapkan mata tapi kul 6am dia terpaksa dikejutkan utk persediaan ke bilik bedah. hati aku yg tak keruan! + debar... & aku tau ira pun sama. sebab tu la dia mengamuk, wat pasal. puas gak aku nak mujuk dia... masihku ingat tika dia dipengsankan, airmataku bagai nak gugur, begitu juga ketika dia separuh sedar. raungan dia, mgkin sakit,....tak dapat aku nak menahan airmata dari menitis tapi aku tau aku kena kuat. percaya ke tak, bila dia dah sedar & nampak aku dgn hubby ada disisi dia terus dia segar! bole lompat2 kat katil dalam ward tuuuu!!!
ceria hati ku lihat dia mula lasak balik tp,..
....biasalah kak ros kan garang, mana penah nmpk dia 'mesra' dgn adiknya! hahaha...!!!!!! ;-)
ptg tu ira dah bole blk... kami wat doa selamat sket sekuarga.
mendoakan supaya ira kuat & cepat sembuh... Amin

hai...!

huhu...
lama gak ek, aku tak update blog.
broadband ada problem sket tapi tak de masa nak g settle kat celcom. hahaha..!!!
byk hal jadi, walau baru tak sampai 2 bulan ek!!
so, skrg i'm back!!!!
;-p