Thursday, December 24, 2009

Kakak jaga adik!

excited ada adik sendiri, kembar cukup rajin jaga adik. memang senang nak wat keje coz yg kecik ada kawan nak main. cumanya, ikha dgn ira akan gaduh sebab, "zara ni adik ikha", "bukan.. ni adik ira la!". huhu..
dua orang kakak berebut adik yg ada satu je!


mula2 zahra kelihatan agak bingung gak tgk kakak2nya. ye la, dah la dua, sama lak tu, pastu asyik berebutkan dia je! hahaha..!!




main sama2, mkn sama2. kalo adiknya nak mandi kakak2nya pun kena mandi sama gak. tgk tuuu.. tido pun sama2


zahra memang kuat tidur. tapi kalo nak tidur kena dekat dgn tempat kembar main. agaknya dia suka riuh kot! tgk la gambar bawah sekali tuu.
zahra tidur depan tv, tempat kembar main & tgk tv.

dalam baik2 kakak menjaga adik, aku perhati2 gak. ye la, bebudak jaga, mana la dia tau! penah sekali tu zahra tidur berbedung. aku tak perasan dia dah bgn. dia gerak2, nak ngereng. jadi, yg ada kat keliling cuma kembar. nak tau ape kembar buat?!.. kembar tarik hujung kain bedung tu,.. maka terseret la adiknya sekali. memang kain bedung tu terbuka tapi, baby terseret sekali, sakit gak kn..? huhu... tgh kembar tarik tu aku perasan. "adik nak pusing la, mak!". jadi, aku kena la lebih berhati2.

penah gak berlaku time zahra baru nak belajar tiarap, mula2 kembar tak tau adik nak wat ape. tiap kali adiknya tiarap, kembar telentangkan. tiap kali tiarap, kembar telentangkan. hehe.. pastu aku pun terangkan kat kembar yg adiknya memang kena tiarap mcm tu sebelum bole bgn, berjalan macam kembar tapi lain lak citernya time kembar dah faham, bila adik tiarap sorg2 duduk kat belakang adiknya., jadi kuda!! menjerit gak aku.. last2, time aku byk dihabiskan tuk ngawasi kakaknya yg 'raaaajinn' sgt jaga adik ni.

ada gak halnya, adik tgh sedap2 rehatkan badan, santai2 tgk tv. kakak kembar ni yg rajin sgt datang 'nak buaikan adik'.. sorg pegang tgn, sorg pegang kaki dannnn... hayun, hayun, hayun... buai laju2, sampai pokok sena, ape dalam baju, sekuntum bunga cina... hahahaha...!!!
;-p
kak ros datang dgn muka garangnya dan menjerit, "upinnnn... ipinnnn..."






Pas zahra lahir..

Ikha Ira..hehe..kembar memang suka bahasakan diri diorg IKHA IRA, seolah2 diorg tu adalah individu yg sama. walaupun kita tgh b'ckp dgn sorg je!

Diorg excited gak first time diorg tgk adik baru. masa tu ikha ira gi hospital ikut hubby aku datang amik aku. x sudah2 kembar cium adik, cium adik, cium adik..smp je kat uma, kembar nak baring sebelah adik.
kakak2 yg baik, sentiasa m'jaga, mengawasi adiknya yg hanya seorg ni. zahra lak adik yg baik. alhamdulillah, tika dlm hari dia tak byk ragam. jadi, aku senang la nak melayan kembar dan melayan baby kecik time tgh berpantang. mak, abah dgn adik2 ada membantu terutama time hubby ku terpaksa balik ke uma kami di klang & bekerja.

genap 30 hari aku di uma mak aku berpantang, tibalah masanya untuk aku balik ke uma. cian kat laki aku dah lama sgt duk sorg!


aku dah rasa sihat jadi aku menyatakan hasrat utk pulang ke uma. walaupun hubby, mak abah agak risau tapi aku tetapkan diri bukan ape, dari bersalin anak sulung mak abahku dah ajar aku utk kuatkan fizikal & mental. jadi aku dah terbawa2 lak bila dah bersalin kali ke2 ni. thanks to u mum, dad..i love u! ;-)

hehe.. pasni tggl kakak iparku je yg tgh tggu detik kelahiran baby sulungnya. nasib baik abgku cuti & balik ke semenanjung. (abgku keje sbg pensyarah di Tawau, Sabah. bini dia pun ngandung sekali dgnku. kiranya sape bersalin dulu je la! Thanks Allah, aku dulu... and.. tambah tolak sebulan lebih sket, tanggal 1 julai baby abg aku pun lahir. baby boy)so, cuteeeee!!!


Tuesday, December 1, 2009

Time kmbr blm ada adik

ni gmbr ketika kembar belum mempunyai adik. huhu.. boleh tahan nakal. macam orang besar je kan!! suka menolong. ape yang mak abah nak buat dia mesti nak cuba gak. sampai ke sekarang ni pun,di usia 3 tahun 10 bulan, diorang suka cuba ape je yg mak abah dia buat.. memasak, mencuci keta, berkebun dll.

ikha, si kakak, lebih cepat mengereng, meniarap,...dan sampai lah ke berdiri. manakala ira, si adik, agak lambat. bayangkan di usia nak masuk 8 bulan dia masih belum nak mengereng. hehe..! mula risau gak tapi alhamdulillah. rupanya dia tgk kakaknya dulu. dan, percaya ke tak, ikha dgn ira berjalan tegap, serentak di usia setahun 15 hari..!!

tgk tuu...
kalo bermain bersama, penuh kasih sayang,

tapi, kalo gaduh memang hebat! bercakar, bertumbuk, tarik rambut, mcm2 lagi la..
perasaan iri antara dua beradik ni bole nampak sejak baru lahir lagi.

aku ingat lagi time kat ward. kembar lahir ari selasa & diletakkan di nursery dulu. ari rabu ptg ira di hantar padaku di ward. wow.. amat baik anakku yg sorg ni!! anak teman di tepi katilku asyik merengek tapi anakku yg sorg ni asyik tido je. alhamdulillah, dapatla aku rht.
tapi,...
sok ptgnya pulak, nurse menghantar sorg lagi, iaitu kakaknya, haha... ira mula wat psl. mcm tau2 je kakaknya sampai! haha.. nasib aku, amik! :-p ira asyik merengek je.. ada je yg x kena. naik kelam kabut gak aku. huhu.. nasib hubby aku ada bersama kuarga mentuaku. ada la diorg tolong2 tapi tu pun sbb time melawat ! waktu mlmnya, lagi tambah ngada2 si ira. nangis je! tambah kuat nangis bila aku amik ikha utk diberi susu & menukar lampin. nak tak nak terpaksa la aku meminta pertolongan nurse kat situ. tapi mmg x tido aku mlm tu.. nasib baik soknya aku dah bole kuar.


Tu baru time mula2 diorg dua org tu dtg ngadap mak dia ni dah bikin huru-hara gitu! perjalanan aku dgn kembar aku masih jauh lagi. mencabar beb!!! memang nuntut kesabaran yg tinggi..

Thursday, October 15, 2009

2nd baby

haaaa... ni la dia 2nd baby ku! baby girl gak! doc scan baby boy tp yg kuar nya baby girl. hehe.. ape2 pn, laki ke pompuan ke, dia tetap ank aku. aku tetap syg dia & akan jaga dia.
lahir cara normal, seberat 2.68kg, di hukm. kiranya aku dah rasa bersalin cara normal & caeser...

baby cute ni ku namakan, NURZAHRAA'

pindah uma sendiri

alhamdulillah, semenjak mempunyai anak rezeki kami sekuarga murah. dikesempatan ini, kami membuat perancangan & g la survey rumah2 untuk dibeli. Allah mudahkan urusan kami. kami menemui sebuah rumah teres di sekitar taman merdeka, batu berendam, melaka. kami pun berpindah ke uma kami sendiri sekitar usia kembar setahun dua bulan.
hehe..! ni kembar mula belajar suap sendiri. dapur uma ni besar jadi puas la dia nak menyepahkan! haha..!!!
ni lak kembar tgh mencuci kereta. alah, tolong2 abahnya je!!

tapi sayang....
kami hanya sempat merasa tinggal di rumah sendiri hanya beberapa bulan sahaja. suamiku telah ditukarkan ke klang, selangor pada bulan ogos, tahun yg sama. jadi, + - 4 bulan sahaja kami dapat merasai uma sendiri. & selepas ni uma ni akan disewakan. manakala kami pulak akan menyewa kembali.

Monday, September 28, 2009

Raja sehari...

29hb mei 2005

majlis persandingan di uma kuarga ku. walaupun ringkas, ujan turun sepanjang majlis berlangsung tapi alhamdulillah segalanya berjalan lancar & meriah.
mcm pinang dibelah 2 kan? hehe...


majlis kat tmpt suami lak berlangsung seminggu pas tu, 5 hb jun 2005.
tapiiii, sori la x de gmbr la yg nk dikongsi. hehe...

Thursday, August 13, 2009

Tamat zaman bujang..!

kita mulakan dgn citer time aku nikah.

nak tau tak, aku dgn hubby aku kenal tak lama terus tunang. hehe..! lagi selamat kan, tak byk dosa! tunang pun bukan lama benar pun.
kami tunang 19 sept 2004 dan nikah pada Hari Buruh tahun depannya, 1 mei 2005.
aku tunang time aku dlm semester akhir Diploma Keusahawanan, Kolej Yayasan Melaka.


majlis tunang pun wat ringkas giler! hehe..! haa.. ape mcm, cantik tak aku? hehe.. masuk bakul angkat sendiri la. anyway, time kaseh bebyk kat sepupu aku.
aku dgn hubby mcm pinang dibelah 2 ek? kan3...




Saturday, August 8, 2009

first time ada blog..!!!

huhu..
thanks 2 my sis-in-law,
finally i've my own blog. i'm so exciting..
slalu baca blog org je. nak wat sendiri nyer tak tau.
rupanya tak la susah mana pun.
tapi ni baru belajar sket. kang bebila ada rezeki lagi kita belajar lagi.
thanks...!!